BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, October 31, 2009


Kawan oh kawan...aku pun tak faham dengan semua ni..


Pagi tu aku sakit kepala yang teramat, mungkin migrain aku kot dah 3 hari aku sakit jadi mood aku kurang lah sikit nak bergurau atau berborak dengan kawan aku.
Pagi tu aku pakai kurung memandangkan hari jumaat jadi aku rasa tak salah aku pakai baju kurung. Sampai je kt kolej aku, kawan-kawan aku tegur aku pakai baju kurung,entah aku pun kurang pasti kenapa mereka tegur aku pakai baju kurung? wei salah ke aku pakai baju kurung??aku pakai baju pelik korang tegur, aku pakai baju kurung pun korang tegur??kenapa??
yang menjadi masalahnya warna pakaian aku?
aku tak faham lah. salah ke aku pakai warna 2??bagi diorang aku nampak tua lah, nampak macam mak cik2 lah, semua ada lah kat diorang?? wei suka hati aku lah aku nak pakai warna apa??aku tak pernah tegur korang nak pakai warna apa?aku tak pernah tegur cara korang berpakaian? aku tak pernah ganggu hidup korang , pinjam duit korang nak beli baju aku!!aku tak pernah melantik korang jadi juru imej aku ok??so ikut suka hati aku nak pakai baju apa, warna apa??ok?
Aku bukan nak marah , tapi aku boleh hormat hidup korang, jadi korang tolong lah hormat hidup aku!!!minta maaf lah aku terkasar bahasa sedikit tapi aku tak reti nak berkias macam korang dalam blog kan, baik aku luah kan apa aku rasa lebih ok..aku tahu niat korang baik , aku terima kasih sangat-sangat tapi kalau nak tegur tu tolonglah tengok keadaan orang waktu tu, ok tau tidak dia.. sekali lagi aku minta maaf...
p/s : kepada sesiapa2 terasa aku minta maaf banyak..

Tuesday, October 27, 2009

BULAN DAN BINTANG


Bulan dan bintang
Bersinar berkelipan
Dan menerangi
keindahan malam
Tanpamu bulan
Malam kegelapan
Tanpamu bintang
Hilanglah keindahan
Ini kisah tentang bulan
Bulan bintang jadi kawan
Begitulah persahabatan
Yang cuba kami eratkan
Moga berkekalan selamanya
Begitulah kami hidup lima sekawan
Sesama berjanji susah senang dirasa
Dibawah sinaran cahaya bulan bintang
Menjadi saksi janji kami semua

to all my friend, thanks cuz alwalys beside me....love u"ll.....

Monday, October 26, 2009


nurse???

Impian aku kecil-kecil lagi... dh dapat peluang dlu tapi demi cinta aku tolak bodoh kan..arwah mama punyalah frust kat aku..

Sekarang impian aku untuk jadi nurse datang lagi...surat dah sampai ..tapi yang menjadi masalahnya sekarang aku dah serasi dengan aswara, pensyarah -pensyarah aku, kawan-kawan yang paling aku sayang yang sentiasa tolong aku, YUS,AFIQ,FUAD,ELLY,HAJAR,NAI,SOLA dan LAILA...
hmmm entah lah...sayang pulak nak tinggal kan ASWARA ni..
Tapi hidup mesti diteruskan..masa depan aku..Lagipun inilah masanya untuk aku lupakan apa yang terjadi pada aku tahun ni, dan mulakan hidup baru aku. tahun yang paling mengajar aku lebih tentang hidup, sedih, gembira , kehilangan....apa-apapun Berdiri atas diri sendiri!!!!

Friday, October 23, 2009

SILENCE

PERLUKAH aku rampas semula hak aku???

PERLUKAH aku terus dihimpit dengan perasaan sendiri ??

PERLUKAH aku terus menunggu yang tak pasti?

PERLUKAH aku terus dan terus menjadi insan yang lemah ?

PERLUKAH aku terus mencintai dirinya?

PERLUKAH aku berkorban demi kebahagiaan orang lain?

PERLUKAH aku terus menangis dan menangis ?

PERLUKAH aku terus berpura-pura gembira?

perlukah ?? perlukah??

Realiti atau Fantasi ?

Wednesday, October 21, 2009

JAUH DIMATA DEKAT DIHATI..


Cinta Sempurna??ada seorang kawan suruh aku dengar lagu ni..hmm sweet , penuh dengan makna yang tersirat..seseorang yang terpaksa menolak cinta demi kesempuraan..ye ke??

JAUH DIMATA DEKAT DIHATI-kata-kata yang selalu dia berikan dekat aku..Entah samaada betul atau tidak betul atau pun tidak??, ada ke aku dalam hati dia kini???kenapa bila dia jauh dengan aku, aku rasa semakin kehilangan, dan rasakan sesuatu dalam hati aku, tapi bila dia dekat , perasaan tu x semacam mana perasaan yang aku rasakan sekarang..pelik...macammana lah aku nak teruskan perjuangan hidup ini tanpa dia disisi....

Monday, October 19, 2009

SWEET MEMORIES AT PD




18-10-2009
sweet memories kat PD .aku pergi PD dengan my xprince..best sangat, walaupun ada kwn aku x bg..tpi apa salahnya aku cari sweet memories dgn dia last2 ni knb, walaupun asgment punya byk..hahaha
kitaorg bergerak pukul 9.30 pagi sampai kat sana kul 10.45. hmmm kejap je perjalanan. kami p dengan 4 biji kereta , semuanya kawan-kawan shah , geng-geng NISMO-BLUEBIRD..tapi yang best semuanya tak layan bluebird sebab kesian kat shah...semua bawa kereta biasa-biasa je..
Sampai sana kami makan-makan dulu, air laut dah memanggil-manggil kami, aku mulanya tak nak mandi tapi hehehe, tak tahan beb, seronok gak...pengalaman yang tak dapat dilupakan bila naik babana bot..gila best..kecut juga perut nak naik tu, smpai tengah laut, abg tu campak kami tengah2 laut, yang paling sedih, ada ke patut shah hentam kaki dia yang besar kaki gajah tu kat kepala aku..hmm naik bengong kepala aku...tapi memng best, melambung-lambung kami kat atas tu banana tu dlambung ombak..dan paling lawak -epi sampai2 je terus muntah, harap ke mat driff je, kat laut muntah.haha...kat jalan bukan main berani kat laut, hehe...
Nak kata lemas ni ,x payah nak bilang, setiap kali lemas, semuanya kena buli dengan shah, tak best langsung..huhu, ada je cara nak buat aku minum air laut tu, leh dapat darah tinggi aku, sebab minum air laut banyak sangat...
Dalam tengahari kami balik..masing-masing dah mabuk laut..hehe...balik je aku demam..huhu, ni lah dah lama x mandi laut, badan sakit-sakit..dengan muka terbakar..huhu..tapi apa-apapun
memang sweet memories yang aku tak dapat lupakan...thanks shah...

Saturday, October 17, 2009

LOVE BLUEBIRD....




28/06/2008- Kereta ni Shah beli .Masa itu aku marah sangat kat shah, yelah beli kereta yang lama , malu juga aku nak naik..orang mana layang dah kereta macam ni..Gambar ni dia hantar kat aku, aku masih ingat lagi, masa tu aku dalam perjalanan balik ke kedah, arwah mama pun tengok..aku bergaduh dengan Shah, siap tulis perjanjian lagi aku tak akan naik kereta dia..hahahaha lawak juga waktu..tapi akhirnya kereta tu lah yang aku dengan Shah kalau nak kuar dan balik kampung kalau kereta aku tak ada...sebenarnya bluebird ni banyak kenangan dan berjasa kepada aku dan Shah..


16/10/2009- selepas setahun, kereta tu bersama , akhirnya bertukar milik juga. Shah telah jual bulebird ni kat orang lain dan kereta ni kini berada di Langkawi..walaupun agak terkejut dengan keputusan Shah, tapi aku tak berhak nak melarang dia jual kereta ni..sedih sangat, dulu aku kutuk tapi kini bila tak ada depan mata barulah kita sayang...rindu sangat nak naik kereta ni...love and miss sangat2 kat bluebird...CAL2915...










sweet

Hari ini datang lagi...kali ini lebih meriah berbanding tahun lepas...kali ini walaupun persiapan last minute, alhamdulilah semuanya ok..Doraemon telah merancang untuk membuat jamuan dorayaki sempena memberkati tugasan akhir di Istana Seni...Cadangan ini dipersetujui oleh Snow White, Pikachu, Giant, Barbie, Sailormoon, Hinata dan Naruto malangnya Sizuka tidak dapat menyertai jamuan ini. Kesian Sizuka..
Pagi tu, Doraemon yang paling sibuk, semua persiapan diaturnya dengan rapi..kesian Doraemon tapi x apa, dia banyak alat yang boleh membantu nya..Snow White juga menyediakan makanan begitu juga dengan Barbie, tapi kesian Barbie, makanannya tidak diusik , kerana Doraemon juga membuat makanan yang sama. .
Pagi tu, semua sifu telah menghadiri jamuan tu..meriah sangat..thanks sifu yang tersayang dan sudi datang ke jamuan yang tak seberapa, jasa sifu2 sentiasa di ingtatan dan hati....


Pagi yang indah bertukar suram kepada Snow White. Hanya kerana RM50 , airmata Snow White berguguran sekali lagi, setelah lama Snow White bertahan selepas peristiwa dulu. Snow White bukan tidak sudi lagi menerima pertolongan Prince Charming , lagi, tapi setelah Cinderella muncul dalam hidup Prince Charming, Snow White merasakan Cinderella lebih berhak mendapat pertolongan daripada Prince Craming. Sampai bila Snow White dan Prince Charming akan terus hidup dan berhubung tanpa pengetahuan Cinderella??

Prince, hidup kita dah berlainan walaupun dalam hati masing-masing sayang..adakah ianya berakhir dengan sebiji apple merah yang beracun ataupun sepatu kaca ?? hanya diri masing-masing yang tahu....janji kita akan sentiasa didalam hati ini, ditemani keranda berkaca....

Monday, October 5, 2009

rayeeeee
































love sgt2....ni pic orang-orang yang paling aku sayang kat dunia ni.....




Saturday, October 3, 2009

sahabat....


brsemakin hampir waktu itu, semakin erat persahabatan yang terjalin, walaupun dulu masing-masing membawa hal sendiri. yelah, tak kenal maka tak cinta
semalam aku pergi rumah kawan baik ku , buat open house, yang ada hanya seorang je kawan baik ku, yang lain tak datang dan ada balik. aku tengok makanan banyak , kesian mak kawan aku masak, dengan keadaan yang tak berapa sihat sepenuhnya, tapi demi anaknya dia masak juga. dalam kereta akak aku tanya ?

" adik, mana kawan-kawan yang lain?" aku faham akak aku ada tanya sesorang. aku hanya terdiam,dalam hati aku tahu siapa yang dimaksudkan.entah nak kata aku percaya 100% aku ni mudah tertipu bak kata seorang pensyarah aku..hehehehe..yang pasti dia sahaja yang tahu...tapi seorang kawan tak patut buat seorang kawan macam tu, time dia buat open house semua kawan-kawan datang walaupun masing-masing ada hal tersendiri..yang pasti sedap giler mee bandung mak kawan ku buat tu..hehehe...

Blik je, aku terus pergi alamanda ..aku akan jadi tertanya-tanya bila aku sampai disini? yelah bila aku tengok orang bercinta , jalan berpelukkan dan bercium di depan khalayak , aku jdi malu, aku pun pernah bercinta dan akuy pun bukanlah prefect sangat tapi hormatlah orang sekeliling kan...aku hanya mampu tersenyum,setelah 2jam dekat situ, aku pergi rumah kawan baik aku yang baru selamat melahirkan seorang putera yang comel , ADAM DANISH...haha dapat seorang lagi anak angkat aku..ibu lyana..hahaha lawak pun ada...yang pasti ayah angkatnya mestilah seseorang yang aku sayang, walaupun impian aku tak kan tercapai dengannya, cukuplah tumpang anak kawan..yang pasti kawan-kawan ku semuanya dah mengandung, hmmm so sweet...

aku happy sangat danya kawan-kawan aku di sekeliling aku yang banyak bagi dorongan dan nasihat kat aku..thanks yek kawan-kawan....hope ianya akan kekal sampai akhir hayat...

p/s : sorry aku x pandai buat ayat kiasan macam blog kwan ku seorang lagi tu..hahaha...