BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 25, 2009




ASSALAMMUALAIKUM....
Bertemu dan berpisah adat manusia biasa
HILANG dimata tapi DIHATI tidak lupa
berdoa lah kita agar aman dan sentosa
semoga dapat berjumpa dilain masa...
GOOD BYE to all my Friends...
Yus, Meeda, Laila, Hajar, fuad, Afiq, Sola, Illy , Nai ,K3,
thanks sebab jadi kawan aku selama 2thn aku kat ASWARA
suka , duka yang kita lalui aku tak kan lupakan..
aku sayang korang...semoga korang berjaya dengan PETA ok..
jangan lupakan aku....
TO MY Teachers...
EN . Z - terima kasih sebab last minute banyak bagi dorangan kat saya membuat keputusan..maaf saya tidak dapat meneruskan perjuangan..
EN WAN- saya mohon maaf sebab tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberi, sejuta kemaafan saya mohon..ingat Pokok Sena, ingat En .Wan...hehehe.
TN HAJI - terima kasih sebab tunjuk ajar saya...
KAK SUE - kaksue, ingat Naz yek..maaf tak dapat selesaikan tugasan dan terima kasih sebab sudi dengar masalah Naz...hehehe...
ABG MAN - Yana nak juga tuntut tiket wayang dan hadiah bday..hehehe..pe2 pun thanks byk2...
jasa dan baik pensyarah-pensyarah semua , saya tak lupakan..doakan saya semoga cita-cita saya tercapai...
ASWARA banyak memberi pengalaman manis dan pahit yang tak dapat saya lupakan sampai bila-bila...kenangan bersama kawan-kawan yang tersayang sentiasa dihati..
maaf sekiranya terkasar bahasa dan terkurang dalam persahabatan kita...aku juga seorang insan yang sering membuat kesilapan...
jangan lupakan aku ok...

Monday, November 30, 2009


30 november 2009

hari ini masuk 22tahun..Happy Birthday...

tahun nie aku sambut dengan airmata bukan dengan senyuman...

aku sambut tanpa 2 orang kesayangan aku....

1st aku tak dapat lagi panggilan daripada

seorang insan yang bergelar mama...

tahun nie 1st time aku sambut bday tanpa mama aku..

dulu kalau tak tiap2 tahun dia akan tunggu tak tido dan col nak ucap kat aku ...

tapi tahun nie aku tak dapat lagi dengar suara dia...

AL - FATIHAH...semoga mama tenang disana..adik rindu mama....

2cnd...tahun nie aku,

dia tidak disamping aku...dan tahun nie dia just ucap 2 perkataan HAPPY BIRTHDAY...itupun tepat kul 1 pagi kalau tak dialah orang yang pertama ucap kat aku...

sedih sangat tapi aku kena faham...dia milik orang lain

aku pun nak ucap kat bday kt awek n adik aku tu happy birthday -29/11/2009...semoga A dapat menjaga dia sebaik-baiknya...

tahun nie juga sedih sangat kerana 1st time aku sambut birthday dalam kereta , masa tu otw balik kl , besok aku exam makyong dan memang lazim dah setiap kali birthday aku mesti exam..huhu...dah la jem tak ingat 6 jam aku , kak dan abang aku merangkak dalam jem...penat gila...

apa-apa pun HAPPY BIRTHDAY to me..hahaha..tinggalkan kesedihan,mulakan hidup baru...

Wednesday, November 25, 2009


Kawan kawanku yang tersayang...
aku tak sekuat seperti yang korang minta
aku tahu niat korang baik
aku terima ksih sangat-sangat
korang lah tempat aku luahkan perasaan
kongsi suka dan duka
tapi aku minta maaf
sebab dalam hati ini....
( korang faham kan?)
aku cuba jadi seperti korang minta...
melupakan dia buat selamanya...
tapi aku tak mampu
aku tak tahu bagaimana caranya untuk aku nak kuatkan hati ini??
aku tak tahu macam mana nak hadapi kenyataan ini?
aku tak tahu...

Kisah kita...


Bila kau berbisik ke telinga kata-kata rindu

perlukah aku percaya , adakah ini dari hati kecilmu?

dari hatimu keluar janji kata

namun masihkan perlu aku tunduk percaya?

kau lelaki pertama yang hadir

kau lelaki pertama

yang mencuri hatiku

mengapa sekian lama baru aku sedari

aku sekadar menumpang kasihmu

kasihku padamu melebihi kasihmu padaku

sayangku padamu melebihi sayangmu padaku

rinduku padamu melebihi paras rindumu padaku

tapi sayang semuanya tak kau sedari

aku tak mahu kehilanganmu

aku tak ingin melepaskanmu

tapi perbuatanmu padaku terlalu kejam untuk aku hadapi

kerana aku hanya lah seorang perempuan

yang sering mengerti apa yang membuat kau jadi begini..

mungkin salahku

mungkin silapku

mungkin ini takdir untukku

mungkin ini suratan hidupku

terima kasih

kerana hadir dalam hidupku

memberi banyak erti dan pernah menyanyangi diri...



love : aku tulis ni waktu dgr lagu Mahligaimu Dari Airmataku..haahahha....

Monday, November 23, 2009

ERTI RINDU....

Apalah erti semuanya ini?
Jika engkau jauh dari diri ku
Tanpa mu disisi ku
Hati ini kerinduan
Hati ini kekosongan…

Saturday, November 21, 2009

sorry


sorry to my friend..
klu korang terbaca blog aku yang asyik sal jiwang je kan
sorry sebab emosi aku sekarang x stabil
aku cuma leh luahkan kat blog nie...
yang faham, aku ucapkan thanks sangat2...

rindu berbicara...


oh angin..sampaikan rinduku padanya..
hmm baru sehari dah rasa berjauhan..dah jadi mereng macam nie...macam ner la nk hidup jauh dan tinggal kan dia terus...
relaks ..ada 39 hari lagi..kuatkan hati ok...
dia leh hidup tanpa aku,kenapa aku xleh hidup tanpa dia kan...
banyak lagi benda yang leh aku buat...
aduhai..kenapa lah asyik fikir dia ni..boring la....
kuatkan hati...
kuatkan iman...
sebenarnya aku cuma sunyi
sunyi bila dia jauh dari aku
sunyi bila hp aku x de sms dr dia
sunyi bila aku x leh dgr suara dia
tp aku kna fhm situasi dia



Friday, November 20, 2009


Pernah Ada Rasa Cinta

Antara KitaKini Tinggal Kenangan

Ingin ku Lupakan

Semua Tentang Dirimu

Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu

Oh Bintangku

Jauh Kau Pergi Meninggalkan Diriku

Di Sini aku Merindukan Dirimu

Kini ku Cuba Mencari Penggantimu

Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu oh Kekasih

Pernah Ada Rasa Cinta Antara KitaKini Tinggal Kenangan....

Thursday, November 19, 2009


cantik kan..dulu aku selalu impikan nk macam ni..tapi tu dalam mimpi aku sahaja..sekarang tak lagi, seperti dalam lagu PELAMIN ANGANKU MUSNAH ..hahaha..lawak kan...aku nak hidup happy tapi aku tak mampu nak tipu diri aku, tipu nak terus ketawa..tipu buat2 aku ni kuat sangat tapi sebenarnya lemah..entahlah, aku berserah pada ALLAH..


aku benci semua tentang dia !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
benci benci benci


aku x mahu menangis lagi

aku dah janji dalam diri aku ni

aku tak akan menangis lagi kerna dia

tapi hari ni

airmata ini jatuh lagi

kerna dia

aku tahu aku tak kuat

aku lemah

kenapa airmata ini terus mengalir

tolonglah berhenti............

izinkan...


izinkan aku untuk menjerit namamu

izinkan aku untuk bersandar di bahumu

izinkan aku untuk terus memeluk dirimu

izinkan aku untuk memegang tanganmu seketika

izinkan aku ...

izinkan aku....

izinkan aku...

melihat dirimu sebelum mata ini tertutup..

sebelum membiarkan dirimu pergi jauh dari diriku...


semakin dekat dengan tarikh tu

semakin aku jadi lemah

tak berdaya melawan apa yang ada di dalam hati ini

tapi aku redha

kerna aku tahu hari itu akan sampai juga

izinkan aku cuma untuk menumpang

kasih dan sayangmu hanya untuk seketika

izinkan aku terus menyayangi diri mu

hingga akhir hayat ini.......

Wednesday, November 18, 2009

BENCI !!!!!



Aku benci!!!!

Aku benci!!!!

Aku benci!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Aku menyampah tengok dia

entah aku rasa dia semakin lain dari yang aku kenal dulu

aku rindukan dia yang dulu....

kenapa dia berubah macam tu sekali

kenapa dia jadi pengecut macam sekarang????????????

ternyata dalam hati aku kini

perasaan tu dah semakin benci sangat

airmata nie dah tak larat untuk mengalir lagi

sebab aku tahu

buat apa aku terus menangis demi orang yang hipokrit macam dia

aku tak tahu

apa yang di dalam hati dia sekarang

siapa aku????????

siapa dia disana?????

hipokrit memang hipokrit............

pengecut itu yang aku rasa sesuai untuk dia

aku benci sangat sangat dekat dia

adakah aku ni hanya untuk dia lepaskan nafsu????????????

lepaskan rindu????????

or ??????????????????

YA ALLAH tolonglah kuatkan hambamu ini

aku dah tak berdaya untuk melawan semua ini......

Tuesday, November 17, 2009

MAMA

TERIMA KASIH MAMA...

KERANA DIKAU TELAH

MELAHIRKAN DAN MENDEWASAKANKU

MENDIDIK DAN MEMBELAKU

MEMBERI TELUNJUK DAN MENGAJARKU

AGAR AKU LEBIH TABAH DAN SABAR

MENGHARUNGI DUGAAN HIDUP YANG AKAN DATANG

YANG PENUH DENGAN ONAK DAN DURI...

KINI MAMA..

KAU TIADA DI SISI KU,

MENDENGAR SETIAP LUAHAN DAN KELUHAN KU,

AKU KESEORANGAN KINI..

MAMA..AKU AMAT MERINDUI DIRIMU..

TAPI ...

MAMA SEMOGA KAU BERBAHAGIA DI SANA

AL FATIHAH...

Thursday, November 12, 2009

2009 jamuan


nie gambar aku dengan kawan-kawan dan pensyarah-pensyarah yang aku sayang di ASWARA...sedih juga kawan baik aku x de dalam nie, to LAILA walaupun kau tak ada, tapi kau tetap dihati ku...haha..gambar Tn.Haji dan En.Azman pun x ada dalam nie..tapi x pe..nie gambar masa jamuan raya hari tu, walaupun dah lama, tapi kenangan dan hari nie sentiasa di ingatan..thanks...

argghhhhhhhh....

sakit kepala
kepala aku semakin sakit dua tiga hari nie..aku sendiri tak faham mungkin disebabkan hal- hal yang berlaku disekeliling aku ataupun sebab lain..aku sendiri tak faham..macam nak pecah kepala aku nie..

Saturday, October 31, 2009


Kawan oh kawan...aku pun tak faham dengan semua ni..


Pagi tu aku sakit kepala yang teramat, mungkin migrain aku kot dah 3 hari aku sakit jadi mood aku kurang lah sikit nak bergurau atau berborak dengan kawan aku.
Pagi tu aku pakai kurung memandangkan hari jumaat jadi aku rasa tak salah aku pakai baju kurung. Sampai je kt kolej aku, kawan-kawan aku tegur aku pakai baju kurung,entah aku pun kurang pasti kenapa mereka tegur aku pakai baju kurung? wei salah ke aku pakai baju kurung??aku pakai baju pelik korang tegur, aku pakai baju kurung pun korang tegur??kenapa??
yang menjadi masalahnya warna pakaian aku?
aku tak faham lah. salah ke aku pakai warna 2??bagi diorang aku nampak tua lah, nampak macam mak cik2 lah, semua ada lah kat diorang?? wei suka hati aku lah aku nak pakai warna apa??aku tak pernah tegur korang nak pakai warna apa?aku tak pernah tegur cara korang berpakaian? aku tak pernah ganggu hidup korang , pinjam duit korang nak beli baju aku!!aku tak pernah melantik korang jadi juru imej aku ok??so ikut suka hati aku nak pakai baju apa, warna apa??ok?
Aku bukan nak marah , tapi aku boleh hormat hidup korang, jadi korang tolong lah hormat hidup aku!!!minta maaf lah aku terkasar bahasa sedikit tapi aku tak reti nak berkias macam korang dalam blog kan, baik aku luah kan apa aku rasa lebih ok..aku tahu niat korang baik , aku terima kasih sangat-sangat tapi kalau nak tegur tu tolonglah tengok keadaan orang waktu tu, ok tau tidak dia.. sekali lagi aku minta maaf...
p/s : kepada sesiapa2 terasa aku minta maaf banyak..

Tuesday, October 27, 2009

BULAN DAN BINTANG


Bulan dan bintang
Bersinar berkelipan
Dan menerangi
keindahan malam
Tanpamu bulan
Malam kegelapan
Tanpamu bintang
Hilanglah keindahan
Ini kisah tentang bulan
Bulan bintang jadi kawan
Begitulah persahabatan
Yang cuba kami eratkan
Moga berkekalan selamanya
Begitulah kami hidup lima sekawan
Sesama berjanji susah senang dirasa
Dibawah sinaran cahaya bulan bintang
Menjadi saksi janji kami semua

to all my friend, thanks cuz alwalys beside me....love u"ll.....

Monday, October 26, 2009


nurse???

Impian aku kecil-kecil lagi... dh dapat peluang dlu tapi demi cinta aku tolak bodoh kan..arwah mama punyalah frust kat aku..

Sekarang impian aku untuk jadi nurse datang lagi...surat dah sampai ..tapi yang menjadi masalahnya sekarang aku dah serasi dengan aswara, pensyarah -pensyarah aku, kawan-kawan yang paling aku sayang yang sentiasa tolong aku, YUS,AFIQ,FUAD,ELLY,HAJAR,NAI,SOLA dan LAILA...
hmmm entah lah...sayang pulak nak tinggal kan ASWARA ni..
Tapi hidup mesti diteruskan..masa depan aku..Lagipun inilah masanya untuk aku lupakan apa yang terjadi pada aku tahun ni, dan mulakan hidup baru aku. tahun yang paling mengajar aku lebih tentang hidup, sedih, gembira , kehilangan....apa-apapun Berdiri atas diri sendiri!!!!

Friday, October 23, 2009

SILENCE

PERLUKAH aku rampas semula hak aku???

PERLUKAH aku terus dihimpit dengan perasaan sendiri ??

PERLUKAH aku terus menunggu yang tak pasti?

PERLUKAH aku terus dan terus menjadi insan yang lemah ?

PERLUKAH aku terus mencintai dirinya?

PERLUKAH aku berkorban demi kebahagiaan orang lain?

PERLUKAH aku terus menangis dan menangis ?

PERLUKAH aku terus berpura-pura gembira?

perlukah ?? perlukah??

Realiti atau Fantasi ?

Wednesday, October 21, 2009

JAUH DIMATA DEKAT DIHATI..


Cinta Sempurna??ada seorang kawan suruh aku dengar lagu ni..hmm sweet , penuh dengan makna yang tersirat..seseorang yang terpaksa menolak cinta demi kesempuraan..ye ke??

JAUH DIMATA DEKAT DIHATI-kata-kata yang selalu dia berikan dekat aku..Entah samaada betul atau tidak betul atau pun tidak??, ada ke aku dalam hati dia kini???kenapa bila dia jauh dengan aku, aku rasa semakin kehilangan, dan rasakan sesuatu dalam hati aku, tapi bila dia dekat , perasaan tu x semacam mana perasaan yang aku rasakan sekarang..pelik...macammana lah aku nak teruskan perjuangan hidup ini tanpa dia disisi....

Monday, October 19, 2009

SWEET MEMORIES AT PD




18-10-2009
sweet memories kat PD .aku pergi PD dengan my xprince..best sangat, walaupun ada kwn aku x bg..tpi apa salahnya aku cari sweet memories dgn dia last2 ni knb, walaupun asgment punya byk..hahaha
kitaorg bergerak pukul 9.30 pagi sampai kat sana kul 10.45. hmmm kejap je perjalanan. kami p dengan 4 biji kereta , semuanya kawan-kawan shah , geng-geng NISMO-BLUEBIRD..tapi yang best semuanya tak layan bluebird sebab kesian kat shah...semua bawa kereta biasa-biasa je..
Sampai sana kami makan-makan dulu, air laut dah memanggil-manggil kami, aku mulanya tak nak mandi tapi hehehe, tak tahan beb, seronok gak...pengalaman yang tak dapat dilupakan bila naik babana bot..gila best..kecut juga perut nak naik tu, smpai tengah laut, abg tu campak kami tengah2 laut, yang paling sedih, ada ke patut shah hentam kaki dia yang besar kaki gajah tu kat kepala aku..hmm naik bengong kepala aku...tapi memng best, melambung-lambung kami kat atas tu banana tu dlambung ombak..dan paling lawak -epi sampai2 je terus muntah, harap ke mat driff je, kat laut muntah.haha...kat jalan bukan main berani kat laut, hehe...
Nak kata lemas ni ,x payah nak bilang, setiap kali lemas, semuanya kena buli dengan shah, tak best langsung..huhu, ada je cara nak buat aku minum air laut tu, leh dapat darah tinggi aku, sebab minum air laut banyak sangat...
Dalam tengahari kami balik..masing-masing dah mabuk laut..hehe...balik je aku demam..huhu, ni lah dah lama x mandi laut, badan sakit-sakit..dengan muka terbakar..huhu..tapi apa-apapun
memang sweet memories yang aku tak dapat lupakan...thanks shah...

Saturday, October 17, 2009

LOVE BLUEBIRD....




28/06/2008- Kereta ni Shah beli .Masa itu aku marah sangat kat shah, yelah beli kereta yang lama , malu juga aku nak naik..orang mana layang dah kereta macam ni..Gambar ni dia hantar kat aku, aku masih ingat lagi, masa tu aku dalam perjalanan balik ke kedah, arwah mama pun tengok..aku bergaduh dengan Shah, siap tulis perjanjian lagi aku tak akan naik kereta dia..hahahaha lawak juga waktu..tapi akhirnya kereta tu lah yang aku dengan Shah kalau nak kuar dan balik kampung kalau kereta aku tak ada...sebenarnya bluebird ni banyak kenangan dan berjasa kepada aku dan Shah..


16/10/2009- selepas setahun, kereta tu bersama , akhirnya bertukar milik juga. Shah telah jual bulebird ni kat orang lain dan kereta ni kini berada di Langkawi..walaupun agak terkejut dengan keputusan Shah, tapi aku tak berhak nak melarang dia jual kereta ni..sedih sangat, dulu aku kutuk tapi kini bila tak ada depan mata barulah kita sayang...rindu sangat nak naik kereta ni...love and miss sangat2 kat bluebird...CAL2915...










sweet

Hari ini datang lagi...kali ini lebih meriah berbanding tahun lepas...kali ini walaupun persiapan last minute, alhamdulilah semuanya ok..Doraemon telah merancang untuk membuat jamuan dorayaki sempena memberkati tugasan akhir di Istana Seni...Cadangan ini dipersetujui oleh Snow White, Pikachu, Giant, Barbie, Sailormoon, Hinata dan Naruto malangnya Sizuka tidak dapat menyertai jamuan ini. Kesian Sizuka..
Pagi tu, Doraemon yang paling sibuk, semua persiapan diaturnya dengan rapi..kesian Doraemon tapi x apa, dia banyak alat yang boleh membantu nya..Snow White juga menyediakan makanan begitu juga dengan Barbie, tapi kesian Barbie, makanannya tidak diusik , kerana Doraemon juga membuat makanan yang sama. .
Pagi tu, semua sifu telah menghadiri jamuan tu..meriah sangat..thanks sifu yang tersayang dan sudi datang ke jamuan yang tak seberapa, jasa sifu2 sentiasa di ingtatan dan hati....


Pagi yang indah bertukar suram kepada Snow White. Hanya kerana RM50 , airmata Snow White berguguran sekali lagi, setelah lama Snow White bertahan selepas peristiwa dulu. Snow White bukan tidak sudi lagi menerima pertolongan Prince Charming , lagi, tapi setelah Cinderella muncul dalam hidup Prince Charming, Snow White merasakan Cinderella lebih berhak mendapat pertolongan daripada Prince Craming. Sampai bila Snow White dan Prince Charming akan terus hidup dan berhubung tanpa pengetahuan Cinderella??

Prince, hidup kita dah berlainan walaupun dalam hati masing-masing sayang..adakah ianya berakhir dengan sebiji apple merah yang beracun ataupun sepatu kaca ?? hanya diri masing-masing yang tahu....janji kita akan sentiasa didalam hati ini, ditemani keranda berkaca....

Monday, October 5, 2009

rayeeeee
































love sgt2....ni pic orang-orang yang paling aku sayang kat dunia ni.....




Saturday, October 3, 2009

sahabat....


brsemakin hampir waktu itu, semakin erat persahabatan yang terjalin, walaupun dulu masing-masing membawa hal sendiri. yelah, tak kenal maka tak cinta
semalam aku pergi rumah kawan baik ku , buat open house, yang ada hanya seorang je kawan baik ku, yang lain tak datang dan ada balik. aku tengok makanan banyak , kesian mak kawan aku masak, dengan keadaan yang tak berapa sihat sepenuhnya, tapi demi anaknya dia masak juga. dalam kereta akak aku tanya ?

" adik, mana kawan-kawan yang lain?" aku faham akak aku ada tanya sesorang. aku hanya terdiam,dalam hati aku tahu siapa yang dimaksudkan.entah nak kata aku percaya 100% aku ni mudah tertipu bak kata seorang pensyarah aku..hehehehe..yang pasti dia sahaja yang tahu...tapi seorang kawan tak patut buat seorang kawan macam tu, time dia buat open house semua kawan-kawan datang walaupun masing-masing ada hal tersendiri..yang pasti sedap giler mee bandung mak kawan ku buat tu..hehehe...

Blik je, aku terus pergi alamanda ..aku akan jadi tertanya-tanya bila aku sampai disini? yelah bila aku tengok orang bercinta , jalan berpelukkan dan bercium di depan khalayak , aku jdi malu, aku pun pernah bercinta dan akuy pun bukanlah prefect sangat tapi hormatlah orang sekeliling kan...aku hanya mampu tersenyum,setelah 2jam dekat situ, aku pergi rumah kawan baik aku yang baru selamat melahirkan seorang putera yang comel , ADAM DANISH...haha dapat seorang lagi anak angkat aku..ibu lyana..hahaha lawak pun ada...yang pasti ayah angkatnya mestilah seseorang yang aku sayang, walaupun impian aku tak kan tercapai dengannya, cukuplah tumpang anak kawan..yang pasti kawan-kawan ku semuanya dah mengandung, hmmm so sweet...

aku happy sangat danya kawan-kawan aku di sekeliling aku yang banyak bagi dorongan dan nasihat kat aku..thanks yek kawan-kawan....hope ianya akan kekal sampai akhir hayat...

p/s : sorry aku x pandai buat ayat kiasan macam blog kwan ku seorang lagi tu..hahaha...

Wednesday, September 30, 2009

tsunami...

tsunami berlaku lagi...hahaha..tapi bukan melibatkan nyawa orang, tapi tsunami yang melibatkan persahabatan...hati manusia kan kecil, kadang-kadang bila orang ada masalah,benda yang kecil pun akan jadi besar.standartlah hidup ni kan.. bukannya niat untuk merajuk, tapi cuma berkecil hati, yelah orang yang kita harap dapat membantu kita, tapi bila terkeluar ayat yang kadang-kadang boleh menyakitkan hati semua orang akan terasa juga. ucapan maaf pun tak terluar dari mulut, yelah masing-masing ada EGO!!!!!...Tapi apa-apa pun bak kata seseorang kawan akan kekal sampai bila-bila,cinta tak tentu lagi....

Thursday, August 27, 2009

DEMI CINTA.....

Maaf, ku telah menyakitimu..
ku telah kecewakanmu
bahkan ku sia-siakan hidupku
dan ku bawa kau seperti diriku
walau hati ini trus menangis
menahan kesakitan ini
tapi ku lakukan semua demi cinta
akhirnya juga harus ku relakan kehilangan cinta sejatiku
segalamya telah ku berikan
juga semua kekuranganku
jika memang ini yg terbaik
untuk diriku dan dirinya kan ku trima semua demi cinta
jujur aku tak kuasa saat terakhir ku gengam tanganmu
namun yg pasti terjadi,kita mungkin tak bersama lagi
bila nanti esok hari
ku temukan dirimu bahgia
izinkan aku titipkan kisah cinta kita selamanya............-shalya-

hmmm, bestkan lagu ini, cinta tak semestinya bersatu
hahahaha jiwangkan aku,
tapi semua org miliki cinta,
13 jun 2009,
hari yg plg memberi aku erti bahawa
aku dgn dia tak kan bersama,
dan mungkin akan menjadi kawan
kawan yang terbaik dalam dunia
dan hingga ke akhirat,
aku redha dengan keputusan dia,
lagipun hatikan tak boleh dipaksa,
kawan lebih kekal buat selamanya
kawan kita boleh kongsi selamanya
dan 5 tahun ni
aku bahagia kerana aku menjadi seorang kawan kepadanya
bahkan aku bangga disisi dia....
tapi entah samaada aku pura-pura
atau ini yang harus aku lakukan
hanya ALLAH je tau.....

Wednesday, August 19, 2009

kehilangan

beginilah lumrah kehidupan
walaupun kita sedih, tapi kita sentiasa cuba utk senyum...
biar org lain tak tahu apa yag dirasa oleh diri ini...
tapi ...ALLAH tahu...
tahun ni...
kehilangan dua org yg tersayang, benar2 mengajar aku erti kehidupan
tapi aku masih tertanya2 apa salah aku
kenapa aku dihukum mcm ni...
adakah ini balasan aku atas dosa yg aku lakukan?
tapi knp?
knp?