
Bila kau berbisik ke telinga kata-kata rindu
perlukah aku percaya , adakah ini dari hati kecilmu?
dari hatimu keluar janji kata
namun masihkan perlu aku tunduk percaya?
kau lelaki pertama yang hadir
kau lelaki pertama
yang mencuri hatiku
mengapa sekian lama baru aku sedari
aku sekadar menumpang kasihmu
kasihku padamu melebihi kasihmu padaku
sayangku padamu melebihi sayangmu padaku
rinduku padamu melebihi paras rindumu padaku
tapi sayang semuanya tak kau sedari
aku tak mahu kehilanganmu
aku tak ingin melepaskanmu
tapi perbuatanmu padaku terlalu kejam untuk aku hadapi
kerana aku hanya lah seorang perempuan
yang sering mengerti apa yang membuat kau jadi begini..
mungkin salahku
mungkin silapku
mungkin ini takdir untukku
mungkin ini suratan hidupku
terima kasih
kerana hadir dalam hidupku
memberi banyak erti dan pernah menyanyangi diri...
love : aku tulis ni waktu dgr lagu Mahligaimu Dari Airmataku..haahahha....
0 comments:
Post a Comment